Saturday, December 25, 2010
tazkirah pagi bhgn 1
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.
renung2kan semoga beramal.....
Wednesday, December 22, 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
Thursday, December 16, 2010
puasa asyura satu renungan bersama
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Tuesday, December 14, 2010
TAHNIAH
Wednesday, November 17, 2010
Saturday, November 13, 2010
Kunjungan Hormat Ketua Sektor PK Kedah ke PPKIBP SMK Arau, Perlis.
Friday, October 29, 2010
CAPSULE TECH RESOURCES
SAPA NAK ODER PC, LAPTOP, PRINTER, PC ACCESSORIES.... KONTEK LA AKU NOOOOOOOOOOOOOOOOO
Saturday, October 9, 2010
KPLI datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my/. Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan. Sekian, terima kasih.
Wednesday, September 22, 2010
aduiii....dilema betoi laaaa
Tuesday, September 21, 2010
Dalam Kotak Ada Apa??...
Sunday, September 19, 2010
Lepak-lepak di bulan Syawal...
Wednesday, September 8, 2010
Friday, August 20, 2010
Majlis Berbuka Puasa
Tarikh: 7 September 2010
Masa: 5.00 ptg
Tempat : Tanjung Dawai ( Akan dimaklumkan kelak)
moh le wehh ramai.. info call aku ataupun pok leh heheh
Thursday, August 19, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Software Edit Gambar..
http://www.photoscape.org/ps/main/index.php
Wednesday, July 7, 2010
Salam Kawan-Kawan
aku dalam proses nak membina modul pengajaran untuk budak-budak pendidikan khas nih, buat masa nih, aku masih lagi dalam proses mencari bahan untuk dikumpulkan... modul nih tujuannya untuk kita gunakan sebagai panduan dan latihan dalam P&P yang kita jalankan... dalam modul nih akan dimasukkan soalan latihan dan sebagainya.. dan setiap satu bab, akan di masukkan satu borang agar kita dapat menilai tahap pencapaian murid kita.. antara modul yang cuba aku hasilkan sekarang nih:
1) Pendidikan Jasmani
2) Bahasa Melayu
3) Matematik
4) KH - Perkebunan
5) Pendidikan Islam
aku harap dapat siapkan kalau tak semua pun.. salah satunya dalam masa 6 bulan nih.. kalau dapat kerjasama dari kawan-kawan sekalian lagi baik.. semoga kita semua dapat manafaat dari cadangan aku nih
Friday, May 14, 2010
Peluang tambah pendapatan kangkawan
Ni aku ada ceta baik, nak ngajak kangkawan yg mana berani untuk cuba mencari pendapatn sampingan di sekolah.heheheh
Utk pengetahuan semua, aku la ni dah 2 bulan cuba menjual kain n brooch di sekolah. Niaga kecil2lan. Alhamdulillah kain aku dah terjual 45helai n 5 kotak brooch. Cara bayar terpulang, ada yang berhutang time gaji bayar ( boleh byr 1 bln or 2 bln ) or cash.
Antara kain terkini yg gah di KL la ni...
a) Songket satu malysia -
b) Cotton biasa -
c) Gold Cotton -
d) Kain satu malaysia -
n byk lg n jenama kain design terbaru..........
Harga sepasang kain yg aku ambik RM 30 - RM 45 - mengikut jenis kain. Kangkawan boleh jual kat sekolah RM 45 - RM 70
Semua brg ni aku ambik di KL n Bangi.
Setiap bulan aku bawa 20 pasang kain...mcm jenis kain dan 4 kotak brooch, semua design terkini dan terbaru yg tak dak lg di utara.
Siapa yg berminat, hello lah aku utk maklumat lanjut. Siapa yg laki bini cikgu lg bagus...boleh jual di dua2 sekolah ...mesti laku. Tak habis boleh pulangkan balik n tukar kain.. tak lebih 2 minggu. Selain di sekolah kita leh jual kat kangkawan setaman n sekampung, adik beradik n sapa saja...
Berani cuba la.....Allah tak akan mengubah nasib hambanya melainkan kita sendiri yg berani mengubah nasib kita.
Saturday, May 8, 2010
Perhatian...Attention...Achtung....
Monday, April 12, 2010
hot item 4 your home!!!
awatla cun sgt tapawe ni..sesuai sgt diletak di kabinet umah..tapi kalau takdak kabinet pun,bleh beli jugak..sbb cun tersgt2..berikut adalah senarai bakal pembeli
Friday, April 2, 2010
Kelebihan Hari Jumaat... Hayatilah tazkirah Pagi
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Thursday, April 1, 2010
Agak-Agak ada berita gembira tak nih??
Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.
"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.
Monday, March 29, 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS KENDURI KESYUKURAN
Tuesday, March 23, 2010
mengapa aku bangga
1)m'dpt elaun tmbhn rm250 (bak kata najmi,dunia suma tu wei..ahaks)
2)kurang dosa b'gosip karna blok pendidikan khas jauh dgn bilik guru lain,so yg bleh gosip pun cikgu2 khas ja la,ada la 2,3kerat..pastu balik umah dok sengap tgk anak
3)sentiasa bersyukur kerana dikurniakan Allah fizikal yg cukup dan Allah sudah meletakkan jalan yg betul utk kita
Sebagai seorg insan yg pernah bekerja sbg seorg yg sgt bz di opis dgn gaji yg lumayan,aku tidak menyesal berada dilaluan ini.Alhamdulillah Allah telah membetulkan jalan yg bengkok itu.Samada aku sedar atau tidak,jika direnung kembali sethn yg lalu,hati aku tidak setenang ini.dan skrg rumahtangga bahagia w'pun suami b'jauhan.doakanlah semoga aku sentiasa bahagia.Insyallah..
Monday, March 22, 2010
Wednesday, March 17, 2010
katak dah kluaq
Saturday, March 6, 2010
Masakan aku muahahahha
Tuesday, March 2, 2010
Saturday, February 13, 2010
Friday, February 12, 2010
Pemantauan JPN Kedah
Monday, February 8, 2010
KPLI ambilan Jun 2010
sila klik sini untuk maklumat lanjut tentang KPLI June 2010... mana le tau ada sanak sedara kita yang berminat...selamat mencuba
Monday, February 1, 2010
BTN
Wednesday, January 27, 2010
tarikh gaji 2010
Wednesday, January 20, 2010
Notis
Result Interview SPP - Tahniah Semua
AZLIN BINTI CHE OM - LULUS |
ERMAWATI ANUAR@AHMAD - LULUS |
HALAWI BINTI RAMLI - LULUS |
MALINI BINTI SHAFIE - LULUS |
MARIZA BINTI ISMAIL - LULUS |
MOHD ILYAS BIN ISMAIL - LULUS |
MOHD NAJMI BIN ABD KARIM - LULUS |
NOR ADYANI BINTI ABU BAKAR - LULUS |
NORHASLIZA BINTI MOHD ZANI - LULUS |
PENGIRAN SHUAIB BIN PG. YUNUS - LULUS |
SALWANI BINTI AWANG@MUHAMMAD - LULUS |
SHAMSIAH BINTI AHMAD - LULUS |
SHATIRAH BINTI MD ZUKI - LULUS |
SURAYA BINTI SAID - LULUS |
SUZANA BINTI CHE DIN - LULUS |
WAN MARJI BIN WAN IBRAHIM - LULUS |
ZURAIDA BINTI MOHD NOR - LULUS |
ZURAIZA BINTI CHE RAZAK - LULUS |
AZLINDA BINTI ISMAIL - LULUS |
SITI NORAZIA BINTI ISA - LULUS |
NAZRI BIN MOHAMAD - LULUS |
Sunday, January 10, 2010
aku = space cop gaban muahah
1. Guru kelas Permata 3 - 6 orang murid
2. Pegawai Teknikal Kejohanan -KOT
3. Pengurus Kejohanan - Merentas Desa
4. Ketua Guru Penasihat - Bulan Sabit Merah Malaysia
5. Guru Penasihat - Kelab Bola Sepak
6. Guru Penasihat - Kelab Seni Budaya
7. Assistant Coach - Pasukan Bola Sepak (dah start training dah)
8. Penolong Guru Disiplin
10. AJK Panitia Pendidikan Khas
anak-anak didik ku.... 5 orang slow learner dan 1 hyperactive.. melihat dari persekitaran mereka, hati nih tersentuh sekali, ammar, anak yatim piatu, tinggal sesorang dirumah dalam umur 15 tahun, yang lain-lainnya berasal dari keluarga yang sederhana sahaja..... tiga daripadanya, naim, syukri dan zul akan mengambil PMR tahun nih... satu tugasan berat untuk aku.... tapi jika dilihat dalam dua minggu nih, 3 orang nih bersemangat belajar, setiap tugasan dapat diselesaikan dengan baik, setiap persoalan di tanya oleh mereka... letih aku di sekolah terubat dengan depa nih.... semoga Allah terus memberi aku kekuatan dan kecekalan untuk aku terus mendidik insan-insan istimewa ni..... ammar ridzuan, hafiz, zulkifli, syukri, nuzul naim, azreen.................