Sunday, October 2, 2011

Daddy Leh with his son Darwisy ... exclusive



gambar exclusive daddy leh bersama anak lelakinya... hehheehe...nih baru ada gambaq depa dua nih heehhe

Wednesday, September 28, 2011

My Small Orchestra

Sometimes you want to give up the guitar, you’ll hate the guitar.
But if you stick with it, you’re gonna be rewarded.

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR & BATIN KAT HAMPA SEMUA...SEMOGA CERIA DI HARI LEBARAN. JEMPUTLA MAI UMAH AKU KAT SP....

Sunday, August 14, 2011

Shuaib Bakal Meminang Isteri Ke Dua???

dengar khabaq-khabaq angin yang sedang bertiup kencang disebalik taman cermai sana, sahabat kita ... pengiran shuaib bin pengiran yunus bakal menambah seorang lagi isteri... ini disebabkan beliau telah ditayang isteri baru mohd najmi abd karim sambil disaksikan oleh isteri beliau sendiri...dan dari gaya pemandangan nampaknya isteri beliau pun turut bersetuju dengan pinangan shuaib kali nih..duit pun dah hampir cukup katanya..dengan hantaran lebih kurang sebanyak rm5000.00 sahaja... siapa gerangan isteri shuaib yang kedua nih.... sila tunggu jawapan dari encik shuaib sendiri... aku dah ada dah gambaq dia..malaih la nak upload..x surprise la hehehhe

Wednesday, August 10, 2011

Dah 3 dah.. Tahniah!!!





" Salam...alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy ptg kelmarin d hospital sultanah bahiyah astar dengan berat baby 2.79"

Itula dia sms yg dihantar oleh che' gu Suraya kpd kawan2 arini. Tahniah buat Su & suami. Raya dengan ahli baru tahun ni ya...baby lahir pada 090811 (selasa)...moga2 dimurahkan lagi rezeki lepas ni..aminnn...

Tahniah sekali lagi...

Monday, August 1, 2011

Ramadan al-Mubarak


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Buat Semua Geng KPLI PKMB01 2009
Semoga Setiap Amalan Kita Mendapat Keredhaan Illahi.

P/S Jangan lupa bayaq Zakat no...

Mr. Wak & De Gang...Congratulation.



AGAK terlambat nak ucap tahniah buat member kita, Wak yang telah berjaya
menambah hero menjadikan empat semuanya. Sori bro,..ada sibuk sikit la skrg ni... TAHNIAH Mr. Wak... yang penting semuanya selamat..bereh deh...

Aku pernah tanya Wak,..bila pula yang ke lima?? Dengan selamba Wak menjawab.. "mula aaa... " ..caya la Wak.. steady mu brooo...

TAHNIAH sekali lagi dari geng2 semua..

Thursday, June 30, 2011

my chicarito.....


my new chicharito...muhammad faris zaqwan

TAHNIAH MR. & MRS. ROY...!!!!



SORANG lagi geng kita yang selamat menambah zuriat, iaitu saudara Najmi @ nama glamornya ROY...Tapi yang selamat tu bini dia la, dia xtau bila...duk bunting 8 bulan manjang...lama da tu...hehe...

Tahniah Roy,....da sampai masanya kena tukaq keta pakai MPV....selamat bercuti (walaupun x panjang macam Malini)...kami doakan semoga semuanya ok & selamat...

TAHNIAH..!! TAHNIAH...!!




Wednesday, June 29, 2011

TAHNIAH GMIE....

KITA TAMBAH LG SORANG ANAK SAUDARA LELAKI. TAHNIAH KAT NAJMI...DAPAT HEROOO...
MEH PAKAT DOAKAN KAT WAK PULAK...ISTERI DIA ADA KAT HOSPITAL...SEMOGA CEPAT CHAT NA...

Sunday, June 19, 2011

TAHNIAH..!!! (dan selamat bercuti panjang...)









TAHNIAH kepada salah seorang geng kita, Che gu Malini yang telah selamat melahirkan baby girl pada 19 Jun 2011 jam 3.50 ptg.. Semoga cepat sembuh & selamat bercuti selama 3 bulan (pergh..cuti sakan la hang nooo..)...

Geng2 lain,..apa lagi ?..giliran hampa bila pulak???....

Sunday, June 12, 2011

feel the wrath of my lense

hobi baru aku setelah mengalami tekanan jiwa hehehhe..dengan harga yang menyamai hantaran seorang anak dara... sapa-sapa yang nak kawin..then nak photographer roger la aku.... boleh ja nak amik gambaq hehhehe...layanzzzzzzzzz


Saturday, June 11, 2011

Hulu Perak (Gerik) - Panorama

EMPAT hari aku duk kluaq masuk hutan Gerik masa cuti skolah aritu, pi jumpa Orang Asli untuk kutip data. Letih memang letih, tapi seronok la jugak boleh jumpa depa nih, macam2 cerita & pengalaman yang aku dapat, sambil2 boleh belajaq budaya hidup komuniti marginal ni. cerita pun x guna, hampa tengok ja la gambaq kat bawah ni... Ikut hati, banyak lagi aku nak buh, tapi aku rasa yg ni pun da cukup da kut..so my pren,..enjoy..

Kampung Pulau Tujuh - berlatarbelakangkan Tasik Banding.
Kampung Sungai Tekam - Kampung paling hujung yang boleh
sampai ngan 4X4, sakit satu badan nak sampai sini.
4X4 yang disewa khas, TQ Bro Din, jasamu tetap dikenang..he3
Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Tekam,..Mula2
sampai suma pakat lari masuk umah..aku buat muka x malu ja..
Ni kat kampung Pulau Tujuh..umah sapa yg ada TV tu kira
jadi mcm tempat tengok wayang free la..
Kayu gaharu..aku try mintak yang besaq tu,..tapi boleh
dpt saiz pensel 2b yang da patah dua..nak jual katanya..
harga?? lupa nak tanya..
View dari Banding Lakeside Inn..aku duk tingkat 2,..
betul2 ngadap Tasik Banding yang cantik tu..Nyamannn..
Photo ni aku ambik dari bilik yang aku duk..da edit
bagi cantik sket..
Ni aku ambik dari tingkat paling atas, dining hall..pun da edit
nak bagi cantik...


Monday, May 9, 2011

reunion

menandangkan cuti sekolah di bawah nih.. aku cadangkan kita buat mini reunion untuk kelas kita.. tolong bagi cadangan dan tempat.. kalau boleh kita jemput lecturer sekali lagi best hehhe....cadangan??? sila komen di bawah........

Tuesday, May 3, 2011

Suatu hari di waktu malam...

Lepak sambil pekena surya menthol yang disponsor oleh wak
selepas mengisi perut.....

Menyembang sampai tak ingat balik umah depa nih.......

Roy tengah mengetest livina..."giliran aku pulak pasnih.."
Penin-penin,..nak ambik livina ka caldina ? alang-alang
angkat estima ja la roy..

"Pokleh...!..di manakah kau..." Payah sungguh nak hello dia la ni..
sibuk manjang..he3..

* Tahniah buat kengkawan yang bakal menambah zuriat
tahun nih.... nak soh aku listkan ka calon-calonnya?..






Saturday, April 9, 2011

PERSARAAN WAJIB TN. HAJI MANSOR BIN HAJI AHMAD

SELAMAT BERSARA CIKGU ...... Majlis persaraan wajib Tn. Hj. Mansor Bin Haji Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan pada Rabu bersamaan 06 April 2011 yang lalu. Majlis tersebut berlangsung di bangunan pentadbiran dan perkarangan IPG Kampus Darulaman dalam suasana tenang, harmoni dan penuh bersejarah. Upacara persaraan tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Haji Othman Azumi Bin Haji Ahmad (Pemenang tempat ke-3, pertandingan Musabaqah Tilawatul Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2010).
Selesai berdoa ...... Tn. Hj. Mansor Bin Haji Ahmad terus diarak ke tempat perakam waktu untuk ‘punch card’ kali yang terakhir sebagai penjawat awam pada 06 April 2011, jam 05.00 petang dalam usia 58 tahun. Hayunan langkahnya masih segak, senyumnya masih memikat, gayanya bak pahlawan, semangatnya cukup kental, tutur katanya alas berlapik, budi bahasa tetap dijunjung. Persoalannya : Adakah kita mampu menggapai usia 58 tahun sebagaimana yang dinikmati oleh beliau?
Selesai ‘Punch Card’ ...... Tn. Hj. Mansor Bin Haji Ahmad telah menandatangai Buku Persaraan yang menandakan beliau telah menamatkan jawatannya dalam perkhidmatan awam pada usia 58 tahun setelah 37 tahun berkecimpung di bidang perguruan. Beliau bertugas selama 16 tahun di sekolah dan 21 tahun di IPG Kampus Darulaman. Usaha terbesar beliau ialah memperjuangkan penubuhan asrama di IPG Kampus Darulaman yang menelan belanja RM 22 juta. Selain itu, Tn. Hj. Mansor Bin Haji Ahmad cukup prihatin tentang perkembangan infrastruktur, prestasi staf dan harta benda JPM. Perjuangan yang cukup ikhlas tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit amatlah kami sanjungi.
Terima Kasih Cikgu ...... Tn. Hj. Mansor Bin Haji Ahmad telah diarak ke kenderaan untuk pulang. Sebelum itu, beliau telah bersalaman dengan semua pensyarah dan staf IPG Kampus Darulaman memohon ampun dan maaf. Perasaan sedih berbaur gembira dalam kalangan tetamu telah meninggalkan seribu nostalgia kepada IPG Kampus Darulaman. Sebanyak 20 buah kenderaan telah mengiringi beliau hingga ke Kediamannya di Taman Satria, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Oleh : Azman Aris (JPM)

Wednesday, April 6, 2011

Monday, March 28, 2011